Seminar Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) Negeri Sabah yang dijadualkan berlangsung pada 23 Jun 2025, bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu  yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah dengan kerjasama Human Resource Development Corporation (HRDcorp) dan Kelab Rekreasi dan Sukan Bomba (KERISMA) Negeri Sabah.

Tujuan utama seminar ini adalah untuk memperkenalkan pelaksanaan Perakuan dan Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) kepada semua pemunya, penghuni, atau individu yang mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas premis-premis yang ditetapkan. Seminar ini turut merangkumi pelaksanaan dan penubuhan Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK), yang merupakan antara syarat wajib dalam permohonan Perakuan Bomba.


**Yuran hanya RM850 per peserta (HRDC claimable)

*** 4 Mata CPD (Lembaga Arkitek Malaysia)
*** 10 Mata CPD (CIDB)